Naik takhta Jigme_Khesar_Namgyel_Wangchuck

Pada Disember 2005, Raja Jigme Singye Wangchuck mengumumkan hajat baginda untuk turun takhta serta-merta agar memberi laluan kepada anakanda baginda pada tahun 2008.[7] Pada 14 Disember 2006, baginda mengumumkan yang baginda menuruni takhta dan menyerahkannya kepada Khesar Wangchuck.[8]

Khesar secara rasminya dimahkotakan pada 6 November 2008 di istana diraja di Thimphu. Upacara pertabalan gilang-gemilang terdiri daripada upacara kuno yang berwarna-warni dihadiri ribuan tetamu kehormat dari luar negeri, termasuk Presiden India Pratibha Patil, Sonia Gandhi, Menteri Luar Pranab Mukherjee dan bintang-bintang Bollywood.[9] CNN melaporkan rakyat jelata mengecat papan tanda, menggantungkan sepanduk keraian, menghiasi bulatan trafik dengan bunga segar untuk meraikan kebangkitan raja baru.[10] Beliau menjadi raja termuda di dunia pada usia 28 tahun.[9]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Jigme_Khesar_Namgyel_Wangchuck http://www.theaustralian.news.com.au/story/0,20867... http://news.smh.com.au/breaking-news-world/bhutans... http://www.bhutan2008.bt/ http://www.bhutanobserver.bt/2008/bhutan-news/01/l... http://www.raonline.ch/pages/bt/pol/bt_polpenlop01... http://www.raonline.ch/pages/bt/visin/bt_royalfam0... http://www.bhutannewsonline.com/monarchy.html http://www.boston.com/news/world/asia/articles/200... http://edition.cnn.com/2008/WORLD/asiapcf/11/05/bh... http://kuenselonline.com/modules.php?name=News&fil...